Wednesday, 8 August 2012
Profile Sekolah
Sekolah Kebangsaan Tinangol Kudat terletak 40 kilometer dari pusat
Bandar Kudat,
Sabah. Perjalanan akan mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke SK Tinangol Kudat. Sekolah ini telah mula dibuka pada tahun 1965
oleh seorang mubaligh beragama Kristian bernama Otto
Dilger. Beliau merupakan Guru
Besar pertama di sekolah ini. SRK
Tinangol merupakan kategori Sekolah Gred A dengan jumlah murid seramai 318
orang pada tahun 2010
dengan kakitangan mengajar seramai
27orang dan kakitangan bukan mengajar seramai 5
orang. Murid-murid sekolah adalah kebanyakannya berasal dari kampung-kampung seperti Kampung Tinangol, Kampung Rondomon, Kampung Hobut, Kampung Jagil, Kampung Tambuluran, Kampung Timbang Batu dan Urusetia
Kecil Matunggong Kudat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment