Pages

Wednesday 15 August 2012

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri | 2012 (Part 1)










Program Hari Raya Aidilfitri 2012 telah dirancang pengisiannya dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Seramai 30 orang murid kurang berkemampuan telah dikenal pasti untuk mendapat bantuan sepasang baju raya. Hasil usaha idea dan tenaga kerja Guru Besar, Pihak Pentadbir dan guru-guru SRK Tinangol Kudat, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan membawa murid-murid ini merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan kegembiraan membeli sepasang baju melayu untuk hari raya tahun ini. Kegembiraan ini turut dirasai oleh semua warga SRK Tinangol. Hal ini juga menunjukkan keprhatinan warga SRK Tinangol dalam menjaga kebajikan murid-muri terutamanya yang kurang berkemampuan

Saturday 11 August 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri 1433

Hanya Sebagai gurauan dan angan-angan GBK....
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...


Friday 10 August 2012

Program Motivasi " Menuju Puncak" 2012

Program motivasi "Menuju Puncak" 2012 diadakan bagi memberi kesedaran kepada para pelajar untuk kecemerlangan dalam diri mereka lebih-lebih lagi dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Ibu bapa turut di jemput hadir bersama-sama murid agar mereka lebih memahami kehenak anak-anak mereka dan para pelajar dapat menghayati kesusahan ibu bapa dalam memajukan diri anak-anak mereka....




 
(*** Video ini antara slot dalam tentatif program yang telah di rancang)

Carta Organisasi UBK SRK Tinangol 2012

Program Kecemerlangan Pelajar (Pelajar Contoh) untuk bulan Julai

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama Unit 3K, Hal Ehwal Murid telah memberikan penghargaan kepada pelajar sebagai "PELAJAR CONTOH" bagi bulan Julai. Kriteria dibuat atas pemilihan semua guru SRK Tinangol Kudat dan akhirnya diputuskan oleh Guru Besar (EN. Mohd Satree Bin Hj. Abdul Karim). Selepas perjumpaan ringkas bersama pihak pentadbiran dan guru-guru yang terlibat termasuklah Guru Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sebulat suara telah memilih 2 orang pelajar masing-masing seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Pelajar Contoh bagi Bulan Julai (Lelaki) :

























Dan Pelajar Contoh bagi bulan Julai (Perempuan) :


Wednesday 8 August 2012

Sejarah Bilik Bimbingan Dan Kaunseling

 Gambar 1 - Keadaan Bilik UBK (di bilik Guru) masa mula-mula posting di SRK Tinangol.
 Gambar 2 - Keadaan Bilik UBK (di bilik Guru) masa mula-mula posting di SRK Tinangol.

Gambar 3 - Ruang Bilik UBK yang diberikan oleh Guru Besar ketika itu En. Asung Japril.

Tarikh : April 2011
 Gambar 4 - Peralatan yang digunakan untuk membuat bilik UBK

Tarikh : April 2011
 Gambar 5 - Pandangan dari Kelas Pemulihan
 Gambar 6 - Pembinaan bilik UBK

Tarikh : April 2011
 Gambar 7 - Bilik UBK yang siap. (Pintu Masuk)

Tarikh : Mei 2011
 Gambar 8 : Ruang Pengurusan dan Pentadbiran
 Gambar 9 : Ruang Kaunselin Individu dan Kaunseling Kelompok
Gambar 10 : Ruang Tamu atau Ruang Menunggu.

 Gambar 11 - Ruang Pengurusan dan Pentadbiran

Tarikh : Ogos 2011
 Gambar 12 - Ruang Sesi Kaunseling Individu

Tarikh : Ogos 2011
 Gambar 13 - Ruang Sesi Kaunseling Kelompok

Tarikh - Ogos 2011
 Gambar 14 & 15 - Ruang Tamu dan Ruang Menunggu

 Gambar 16 - 19 - Ruang sudut Informasi, kata-kata mutiara, peti cadangan Dll....


 Gambar Terkini - Sudut dan Ruangan yang banyak berubah dengan lantai berkarpet.




Profile Guru Bimbingan dan Kaunseling SRK Tinangol Kudat

  • Nama                           :  Mohd Alizan Bin Hj. Alias
  • Kelulusan Akademik     : Ijazah Sarjanah Muda Dengan Kepujian Psikologi Kaunseling, Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Profile Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tinangol Kudat terletak 40 kilometer dari pusat Bandar Kudat, Sabah. Perjalanan akan mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke SK Tinangol Kudat. Sekolah ini telah mula dibuka pada tahun 1965 oleh seorang mubaligh beragama Kristian bernama Otto Dilger. Beliau merupakan Guru Besar pertama di sekolah ini. SRK Tinangol merupakan kategori Sekolah Gred A dengan jumlah murid seramai 318 orang pada tahun 2010 dengan kakitangan mengajar seramai 27orang dan kakitangan bukan mengajar seramai 5 orang. Murid-murid sekolah adalah kebanyakannya berasal dari kampung-kampung seperti Kampung Tinangol, Kampung Rondomon, Kampung Hobut, Kampung Jagil, Kampung Tambuluran, Kampung Timbang Batu dan Urusetia Kecil Matunggong Kudat.